1.0 Pengenalan
Malaysia
merupakan sebuah negara khatulistiwa yang indah, aman dan sedang menuju ke arah
mencapai status negara perindustrian yang maju. Lantaran itu, tidak hairanlah
jika negara ini menjadi tumpuan para pelancong dari seluruh pelosok dunia
sekarang ini. Di Malaysia, industri pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan
bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri berkaitan yang lain yang mana
semuanya berperanan sebagai sumber dalam pembangunan mega Malaysia untuk menuju
negara maju. Negara Malaysia berpotensi besar dalam bidang pelancongan dan inisiatif
yang efisien perlulah diambil untuk memajukan industri pelancongan di bumi
Malaysia. Langkah yang primer ialah pihak kerajaan perlulah memperbanyakan
tempat pelancongan di negara ini untuk menggalakkan lebih ramai pelancong
antarabangsa datang ke negara kita. Kerajaan Malaysia juga perlulah mengenal
pasti tempat-tempat pelancongan yang baru dan menarik di negara ini dan
berusaha untuk memajukannya. Dalam keadaan ini, para pelancong akan mempunyai
banyak alternatif tempat-tempat untuk dilawati. Dengan itu, mereka tidak akan
berasa bosan apabila dapat melawat tempat yang berlainan. Sebaliknya, para
pelancong akan dapat memperluaskan lagi ilmu pengetahuannya semasa berada di malaysia.
2.0 Industri pelancongan
Industri
pelancongan merupakan salah satu punca pendapatan negara yang diperoleh melalui
pengaliran masuk wang asing. Malaysia juga terkenal dengan destinasi halal dan
menjadi tumpuan pelancong asing terutamanya Asia Barat, Timur Tengah dan Asia
Tenggara. Industri pelancongan Malaysia merekodkan purata kemasukan pelancong
asing sebanyak 2 juta setahun. Ini dilihat semakin berkembang hasil
penglibatan semua pihak sama ada secara langsung atau pun tidak langsung. Ini
menyebabkan industri pelancongan di negara ini semakin berkembang dan pesat. Industri
pelancongan juga telah membantu negara meningkatkan lagi pertumbuhan dari segi
ekonomi. Secara langsung ataupun tidak langsung pelancongan mempunyai pelbagai
maksud mengikut perspektif dan pandangan pihak-pihak mengenai industri
pelancongan, termasuklah pelancong itu sendiri, organisasi penginapan dan
pengangkutan, organisasi pendidikan, pihak kerajaan dan sebagainya.
Perkataan
tourism berasal dari perkataan Latin
iaitu “tornare” manakala perkataan Greek pula daripada “tornos” yang membawa
maksud pergerakan dalam suatu bulatan. Menurut Jafari (1977) pelancongan boleh
diklasifikasikan sebagai suatu kajian manusia yang bertentangan dengan habitat
semulajadi mereka serta penglibatan industri yang bertindak balas pada
keperluan mereka, dan juga kesan ke atas diri mereka dan industri itu daripada
sudut sosiobudaya, ekonomi dan persekitaran. Pengertian yang meluas ini sukar
difahami kerana ia tidak menjelaskan secara mendalam apa yang dimaksudkan
sebagai pelancongan dan apakah faktor-faktor yang terlibat dalam membangunkan
industri ini. Oleh itu, wujud definisi lain yang cuba memberi penjelasan secara
mendalam mengenai pelancongan. Leiper (1981) menjelaskan pelancongan sebagai, suatu
sistem terbuka yang mempunyai hubungan dengan persekitaran yang luas, elemen
manusia iaitu pelancong, elemen kawasan iaitu kawasan asal, kawasan
persinggahan dan kawasan destinasi yang terpilih, elemen ekonomi iaitu industri
pelancongan dan elemen dinamik iaitu terdiri daripada individu yang mengembara
bagi tujuan berehat jauh dari tempat asal mereka selama lebih kurang satu hari.
Walaupun definisi ini agak mendalam, sekurang-kurangnya ia memberi pengertian
yang jelas berkenaan pelancongan dan elemen-elemen yang terlibat dalam industri
pelancongan secara khususnya.
3.0 Tahap pembangunan industri pelancongan
Merujuk kepada statistik pelancongan di Malaysia, purata
kedatangan para pelancong asing ke Malaysia semakin meningkat dari tahun ke
tahun. Ini menunjukkan bahawa masih ramai pelancong yang berminat untuk datang
ke Malaysia walaupun pelbagai masalah yang semangnya mengganggu industri
pelancongan telah berlaku. Contohnya, masalah jerebu yang sering menimpa negara
ini saban tahun dan juga peristiwa besar yang telah melanda negara kita dua
tahun yang lalu iaitu kehilangan pesawat MH17 yang telah menggemparkan seluruh
dunia. Perkara ini sangat membimbangkan pihak kerajaan kerana ia mampu
menurunkan purata pelancong yang datang ke Malaysia sekali gus memberi impak
yang besar kepada keadaan ekonomi semasa negara. Namun, perkara sebaliknya telah berlaku.
Berdasarkan kenyataan Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Razak
dalam satu temu bual yang dipetik dari Berita Harian Online (2015), industri
pelancongan negara kini menjadi penyumbang keenam terbesar kepada pembangunan
ekonomi Malaysia dengan jumlah sumbangan bernilai RM161 bilion atau 14.9
peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) pada tahun 2014. Walaupun kejadian yang paling menyedihkan
telah berlaku di Malaysia, industri pelancongan masih dapat bertahan dan
menarik lebih kurang 27.44 juta pelancong dengan pendapatan berjumlah RM72
bilion.
Berdasarkan
Competency Standard for Polytechnic Graduates (2010), industri pelancongan
boleh dibahagikan kepada lapan sektor utama iaitu sektor penginapan, kulinari,
acara, perkhidmatan pelancongan, tempat tarikan, pengangkutan, rekreasi dan
juga perniagaan pelancongan. Jelas di sini bahawa industri pelancongan
merupakan satu industri yang begitu luas dan berpotensi besar dalam menyumbang
kepada peningkatan jumlah pendapatan dan ekonomi negara. Disebabkan itu,
pelbagai usaha untuk mempromosikan lagi industri pelancongan Malaysia di mata
dunia telah dilakukan oleh pihak kerajaan. Dengan adanya Internet dan pelbagai
aplikasi moden yang memudahkan penyebaran maklumat, ia memberi peluang yang
besar kepada pihak kerajaan untuk merealisasikan matlamat kedatangan pelancong
tahunan. Menerusi laman sesawang Unit Perancangan Ekonomi Malaysia, dapat
dilihat pelbagai usaha telah diambil untuk mempromosikan Malaysia secara
terus-menerus. Antaranya ialah program pelancongan di mana pelbagai aktiviti
akan dilakukan bagi memelihara tempat bersejarah, peruntukkan sejumlah wang
untuk menaik taraf infrastruktur berkaitan pelancongan dan juga peningkatan
kualiti produk pelancongan serta mutu perkhidmatan. Dengan adanya kempen dan
aktiviti seperti ini, tempat-tempat yang sering dilawati pelancong akan lebih
terjaga kecantikan serta keasliannya dan ini sama sekali membantu menaikkan
nama Malaysia sebagai pusat pelancongan pilihan.
Selain
itu, berdasarkan rajah yang dilampirkan oleh pihak Tourism Malaysia di laman
sesawang mereka, kedatangan pelancong ke Malaysia semakin meningkat sejak tahun
2000. Pada tahun tersebut, jumlah kedatangan pelancong adalah 10,221,582 orang
dan meningkat naik dari tahun ke tahun dan jumlah pelancong yang datang pada
tahun 2015 adalah sebanyak 25,721,251 orang. Satu kenaikan yang banyak dan
memberangsangkan. Oleh itu, untuk tahun 2016, pihak Tourism Malaysia
mensasarkan sebanyak 30.5 juta pelancong akan datang ke Malaysia dan ini dapat
dicapai dengan adanya pelbagai aktiviti yang dapat menarik lebih ramai
pelancong tak kira dari luar negara mahupun pelancong tempatan. Contohnya,
pihak Tourism Malaysia telah mengadakan Festival Air Thai Songkran yang
diadakan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada bulan April. Aktiviti seperti ini
dapat menarik para pelancong dari Thailand yang mahukan kelainan dalam
melakukan aktiviti ini dan ia mungkin agak berbeza dengan apa yang dilakukan di
Thailand. Berdasarkan fakta-fakta yang telah dijelaskan, benarlah bahawa
industri pelancongan di Malaysia semakin berkembang dan meningkat naik walaupun
negara ini pernah mengalami masalah-maslah yang hampir melumpuhkan industri
ini.
Pada
hari ini, nilai ringgit telah susut berbanding dengan mata wang rakan dagang
utama, termasuk Amerika Syarikat, Great Britain, zon euro, Japan, China,
Singapura dan Thailand. Semenjak September 2014 sehingga kini, nilai ringgit
telah susut di dalam lingkungan 20% berbanding dengan nilai mata wang
negara-negara tersebut. Sektor eksport dan pelancongan domestik dijangka
mendapat manfaat dari penurunan nilai ringgit ini. Barangan Malaysia menjadi
lebih murah di pasaran antarabangsa jika di bayar dengan dolar Amerika. Begitu
juga pelancong-pelancong yang menggunakan dolar Amerika untuk berbelanja di
Malaysia merasa seolah-olah mereka 20% lebih kaya. Seperti kebanyakan variabel
ekonomi yang lain, kadar tukaran asing mengalami turun naik disebabkan oleh
kitaran perniagaan. Oleh yang demikian, sebagai sebuah ekonomi kita tidak perlu
bimbang dengan keadaan semasa, kerana ianya bersifat sementara. Lebih-lebih
lagi, nilai tukaran asing merupakan ukuran secara relatif di antara dua mata
wang yang dipengaruhi antara lain oleh faktor-faktor fundamental dan sentimen.
Apa yang perlu kita lakukan adalah dengan mengambil kesempatan daripada keadaan
kini untuk memperbaiki faktor-faktor fundamental. Antara langkah yang boleh
diambil adalah seperti meningkatkan bahagian pasaran antarabangsa dan
meningkatkan kecekapan pengeluaran serta lain-lain aktiviti berkaitan. Usaha
menggalakkan sektor pelancongan sewaktu nilai ringgit yang rendah merupakan
strategi semasa yang baik namun kejayaannya perlu di kekalkan untuk jangka
panjang.
4.0 Kepentingan dan sumbangan industri
pelancongan terhadap pembangunan ekonomi negara
Malaysia
merupakan salah satu destinasi pelancongan yang menarik di dunia untuk
dikunjungi. Sejak tahun 80-an hingga kini, Malaysia telah menjadi sebuah negara
perbualan pelancong asing mahupun tempatan. Kehadiran pelancong dari luar
negara sentiasa bertambah. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan dan pihak
swasta sentiasa giat mempromosikan Malaysia diseluruh dunia termasuk ke negara
China, negara-negara Eropah, Amerika Syarikat dan Timur Tengah untuk
merancakkan lagi perkembangannya. Usaha ini untuk memastikan pelancong mendapat
info yang sebenar berkenaan produk dan kemudahan pelancongan yang disediakan
secara lebih dekat. Antara produk pelancongan Malaysia termasuklah landskap bentuk
muka bumi yang menarik, berbagai persembahan kesenian dan kebudayan yang unik,
pelancongan sukan dan bangunan warisan sejarah peninggalan penjajah yang
sentiasa terpelihara. Ini menjelaskan bahawa, usaha memperkembangkan industri
pelancongan membawa banyak faedah kepada sesebuah negara.
Industri
Pelancongan adalah salah satu yang dapat menyumbang kepada pendapatan negara,
menurut Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Menteri Kementerian Pelancongan dan
Kebudayaan telah menjelaskan bahawa pihak kerajaan telah mensasarkan kehadiran
pelancong seramai 29 juta pelancong dengan pendapatan RM89 billion pada tahun
2015 sempena penganjuran MyFest 2015. Hal ini disebabkan pelancongan menjadi
penggerak utama pertukaran wang asing. Dengan kehadiran pelancong asing ke Malaysia,
negara akan memperoleh kadar pulangan tukaran wang asing dengan mudah dan
banyak. Setiap pelancong membawa mata wang asing untuk berbelanja serta
membayar kos penginapannya selama menetap di sesuatu destinasi.
Selain
itu juga, pelancong juga akan menggunakan kemudahan awam serta membeli
cenderahati, makanan, minuman dan sebagainya. Aktiviti sebegini dapat
menambahkan pendapatan negara. Hasil penjanaan daripada industri pelancongan,
kerajaan dapat menggunakan hasil tersebut untuk pembangunan ekonomi,
kemudahan-kemudahan pelancongan dan pembangunan fizikal negara. Selain itu,
industri pelancongan juga dapat membuka peluang pekerjaan yang lebih luas dalam
sektor kepada masyarakat malaysia.
Pelancongan
merupakan antara industri yang memerlukan ramai tenaga kerja seperti pekerja
hotel, pemandu pelancongan, pekerja kedai cenderamata dan pekerja kedai
kraftangan. Faktor asas perlu diberi penekanan bukan hanya bergantung kepada
faktor sementara penurunan nilai ringgit tetapi kejayaan yang diraih perlu
dikekalkan walaupun selepas nilai ringgit kembali meningkat. Nilai matawang
kebanyakan negara pesaing langsung Malaysia untuk destinasi pelancongan juga
mengalami penurunan berbanding dolar Amerika. Ini bermakna Malaysia masih perlu
bersaing dengan negara-negara tersebut. Sektor perkhidmatan, yang juga meliputi
sektor pelancongan, kini memberi sumbangan tertinggi kepada keluaran dalam
negara kasar (KDNK) dan dijangka akan terus meningkat selari dengan arah aliran
kebanyakan negara maju. Justeru, keseluruhan rakyat jelata harus menyelaraskan
minda sebagai sebuah negara perkhidmatan setimpal dengan status sebagai sebuah
negara maju.
5.0 Cabaran industri pelancongan
Segenap
golongan masyarakat perlu bertindak sebagai tuan rumah untuk menerima kunjungan
pelancong-pelancong yang dijangka itu. Matlamat akhirnya adalah untuk
menggembirakan tetamu. Terdapat berbagai motif yang mendorong pelancong asing
untuk melancong di Malaysia, termasuk membeli belah atau cuma ingin menikmati
kecantikan alam semulajadi. Sektor pelancongan di Negara kita
berkembang maju dan menjadi sumber pendapatan Negara yang penting. Hal ini
menyebabkan tempat pelancongan di Negara ini dibuka dengan banyak seperti
cendawan selepas hujan. Kerajaan telah menggerakkan semua agensinya untuk
memastikan sektor pelancongan berkembang pesat sejajar dengan pembangunan
Negara yang pantas. Namun, masih ada ruang dan lubang yang wajar dimanfaatkan
oleh semua pihak untuk memastikan semua pihak mendapat faedah daripada
perkembangan sektor ini.
5.1 Misteri kehilangan MH370 dan insiden MH17
Jika
ditinjau dengan mendalam terdapat banyak cabaran yang dihadapi oleh sektor
pelancongan di Negara kita pada masa depan. Halangan dan cabaran setelah
terjadinya krisis kehilangan MH370 dan insiden MH17. Menurut Kementerian
Pelancongan dan Kebudayaan, promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014)
terpaksa dihentikan buat seketika sebagai menghormati tumpuan negara dalam
mencari kotak hitam pesawat MH370 yang dikatakan terhempas di Selatan Lautan
Hindi. Berikutan dengan peristiwa itu, satu lagi kejadian insiden MH17
terhempas turut mengemparkan lagi seluruh masyarakat Dunia. Insiden yang
menimpa MH370 dan MH17 mengalih perhatian masyarakat Malaysia dan dunia
sehingga menenggelamkan TMM. Hal ini menyebabkan kedatangan pelancong berkurang
seperti biasa dan mengambil masa untuk pulih seperti sedia kala.
5.3 Kestabilan politik di Malaysia
Ketidakstabilan
politik dalam salah satu sebab cabaran dalam industri pelancongan di Malaysia
kerana sistem politik yang tidak stabil akan menjejaskan imej negara kepada
pelancong asing. Ketidakstabilan politik ini akan meyebabkan para pelancong
tidak berani untuk datang atas faktor keselamatan. Sebagai contoh, pencerobohan
di Lahad Datu, Sabah sejak akhir-akhir ini menyababkan para pelancong berfikir
bahawa negara ini tidak aman dan tidak selamat untuk di lawati. Kes penculikan
pelancong asing di sempadan Filipina merupakan bukti yang kukuh yang
menjelaskan Malaysia merupakan sebuah negara yang tidak selamat untuk dilawati.
Malaysia perlu mengamalkan konsep aman, bebas dan berkecuali bagi menarik lebih
ramai pelancong asing. Bukti-bukti tentang kesan ketidakstabilan politik
terhadap industri pelancongan perlu dijadikan pengajaran tentang berapa pentingnya
suasana keharmonian negara dalam pertubuhan industri pelancongan.
5.3 Imej negara
Alam
sekitar merupakan elemen yang penting dalam industri pelancongan kerana
kebanyakan pelancong akan melancong ke negara ini disebabkan oleh keindahan
alam semulajadinya. Tidak bermaknalah jika negara mempunyai banyak keindahan
alam yang boleh dikunjungi tetapi berlakunya pencemaran tersebut yang
mencacatkan keindahan tersebut secara langsung memberi imej yang negative
kepada negara. Justeru, semua pihak perlu mengambil tanggungjawab masing-masing
untuk menjaga kebersihan alam sekitar untuk menarik lebih ramai pelancong dan
menjaga imej sesebuah negara. Tanggungjawab ini bukan sahaja perlu dipikul oleh
pihak kerajaan atau pihak yang berkenaan sahaja bahkan seluruh masyarakat perlu
mempunyai kesedaran tentang alam sekitar untuk kebaikan bersama. Pencemaran
alam sekitar yang berlaku juga boleh menyebabkan sektor pelancongan Negara
terganggu. Hal ini kerana banyak tempat menarik telah tercemar dengan sampah
sarap. Pantai yang cantik juga telah tercemar dengan minyak hitam daripada
kapal-kapal laut. Oleh itu, para pelancong tidak mahu datang ke kawasan
pelancongan ini dan kerajaan terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk
membersihkan tempat-tempat pelancongan ini.
6.0 Sistem
sokongan oleh pihak kerajaan dan swasta yang ditawarkan untuk pembangunan
industri pelancongan.
Pihak
kerajaan dan sektor swasta perlu memainkan peranan yang sangat penting untuk
mempromosikan Malaysia sebagai negara pelancongan. Malaysia yang menuju ke Wawasan
2020, pihak kerajaan dan swasta perlu lebih giat lagi dalam membangunkan
industri pelancongan. Oleh itu, terdapat beberapa sistem sokongan oleh pihak
kerajaan dan swasta yang telah ditawarkan untuk pembangunan industri
pelancongan seperti mewujudkan tabung pembangunan insfrastruktur pelancongan
dan insentif kemudahan penerbangan dan melalui tindakan kerajaan melalui Dasar
Pelancongan Negara.
6.1 Tindakan kerajaan melalui Dasar
Pelancongan Negara
Dasar
Pelancongan Negara juga telah melancarkan Hari Pelancongan Sedunia 2015 dengan
tema “1 Bilion Pelancong, 1 Bilion Peluang” yang telah memberi satu semangat
baru kepada pelancong untuk datang ke Malaysia dan sekaligus dapat menghala
tuju Malaysia ke arah negara maju menjelang 2020. Selain itu juga, Malaysia
adalah tuan rumah bagi beberapa acara sukan seperti perlumbaan moto GP SBK,Grand
Prix F1, perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) dan acara terjunan
bebas dan KL Tower Base Jump. Penganjuran sukan bertaraf antarabangsa
memperkenalkan Malaysia kepada atlet-atlet luar negara dan juga pada masa yang sama
telah menarik masuk kedatangan pelancong asing dari serantau dunia ke malaysia.
“Kempen
Tahun Melawat Malaysia” dan “Cuti-cuti Malaysia 2016” juga yang bertujuan untuk
menggalakkan pelancong asing untuk datang ke negara Malaysia dengan
memperkenalkan kebudayaan tradisi pelbagai etnik, kepelbagaian makanan,
permainan warisan seperti wau dan congkak dan banyak lagi. Dengan usaha
kerajaan bersama sektor swasta ini dapat memperkenalkan Malaysia kepada negara
lain bahawa Malaysia mempunyai keunikan yang tidak ada di negara lain di
samping nilai ketimuran sopan santunnya yang diamalkan dapat menarik pelancong
asing ke Malaysia. Apabila ramai pelancong asing datang ke Malaysia, hasil dan
pendapatan Malaysia meningkat dan penawaran nilai mata wang negara Ringgit juga
meningkat. Keadaan ini boleh menyumbang kepada kemajuan Malaysia dengan lebih
giat dengan pelaksanaan kerajaan bersama sektor swasta untuk meningkatkan lagi
imej pelancongan Malaysia.
6.2 Mewujudkan tabung pembangunan
Infrastruktur Pelancongan dan insentif kemudahan penerbangan
Kerajaan
telah melancarkan tabung pembangunan infrastuktur merupakan satu skim kemudahan
untuk pembiayaan pinjaman dana pelancongan yang bertujuan untuk membantu
pengusaha yang ingin membangunkan dan mengembangkan produk-produk pelancongan.
Hal ini demikian kerana, kos untuk menghasilkan satu produk khususnya untuk
tujuan pelancongan sangat mahal dan memerlukan kos yang besar kerana terdapat
sesetengah produk perlu menggunakan teknologi yang canggih untuk pemprosesan
setiap produk itu. Selain itu, kerajaan telah mengecualikan cukai bagi syarikat
pengusaha pelancongan yang menawarkan pakej pelancongan dengan membawa pelancong
asing ke Malaysia dengan bilangan yang ditetapkan. Tindakan kerajaan ini
menyebabkan syarikat pelancongan tidak perlu mengeluarkan modal dan menanggung
bebanan pembiayaan yang besar.
Hal
ini kerana, setiap pakej pelancongan yang ditawarkan, syarikat terpaksa
menanggung rugi kerana purata harga untuk memastikan tempat pelancongan dan
destinasi yang menarik serta jaminan insurans terpaksa ditanggung separuh
daripada harga sebenar dan kepuasan pelancongan merupakan satu objektif
syarikat pelancongan. Sektor swasta juga menawarkan insentif kemudahan
penerbangan melalui Syarikat Penerbangan Air Asia di mana Air Asia telah menawarkan pakej
tambang murah kepada para pelancong tempatan dan pelancong asing yang hendak
menggunakan perkhidmatan pengangkutan udara. Hal ini sekaligus dapat membantu
kerajaan untuk mempromosikan negara dengan meletakkan imej-imej menarik yang
terdapat di Malaysia pada badan kapal terbang untuk menarik pelancong.
7.0 Langkah-langkah untuk mendorong dan
membangunkan industri pelancongan.
Langkah utama untuk meningkatkan industri pelancongan
negara ialah kerajaan perlu memperlengkapkan kemudahan dan prasarana
pengangkutan dan perhubungan di negara kita sehingga menjadi prasarana kelas
pertama terutamanya destinasi yang menjadi tumpuan pelancong. Faktor utama
pelancong datang di sesebuah negara adalah kerana kemudahan prasarana seperti
pengangkutan dan perhubungan yang terdapat di sesebuah negara. Hal ini kerana
pelancong yang berkunjung ke sesebuah negara ingin keselesaan dan mencari ketenangan.
Oleh itu, kerajaan wajar memperlengkapkan kemudahan pengangkutan dan komunikasi
yang ada khususnya untuk memudahkan pelancong sampai ke destinasi yang akan
dituju. Misalnya, banyak pelancong yang
datang ke negara kita adalah untuk menikmati keindahan pulau dan pantai. Oleh
itu, kerajaan harus menambah kemudahan perkhidmatan bot atau feri dari tanah
besar ke beberapa buah pulau di sekitar Laut China Selatan untuk memudahkan
orang ramai menikmati keindahan alam semula jadi. Tugas menyediakan kemudahan
ini akan lebih berkesan sekiranya kerajaan sentiasa mengawasi syarikat yang
ditugaskan untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan tersebut. Sudah terang
lagi bersuluh bahawa kemudahan yang baik akan memudahkan para pelancong
menelusuri dari satu destinasi pelancongan ke satu destinasi pelancongan yang
lain dan dapat membangunkan industri ini.
Di samping itu,
langkah-langkah keselamatan juga perlu diambil bagi menjamin kepuasan dan
kesejahteraan pelancong semasa berada di negara kita. Kita tidak seharusnya
lupa dengan gelagat segelintir masyarakat yang mengambil kesempatan ke atas
pelancong. Oleh itu, Unit Keselamatan Pelancong perlu ditubuhkan untuk membantu
pihak polis menangani jenayah ke atas pelancong. Kejadian-kejadian rogol,
mencabul kehormatan, menghendap, peras ugut, rompak dan tipu harus ditangani
secepat mungkin. Kejadian seumpama ini akan membimbangkan pelancong untuk
melancong di negara kita dan sekali gus akan mengancam industri ini. Oleh itu,
pihak berautoriti perlulah menambahkan bilangan anggota keselamatan terutamanya
di destinasi tumpuan pelancong agar keselamatan dan kesejahteraan pelancong
akan terjamin. Rondaan juga perlu dilakukan dengan lebih kerap dan lebih banyak
pondok keselamatan didirikan. Dengan ini, pihak yang ingin melakukan perbuatan
yang terkutuk tidak dapat dilakukan kerana adanya kawalan dan pemantauan yang ketat
oleh pihak berkuasa. Ringkasnya, aspek keselamatan perlu dititikberatkan agar
pelancong asing terus berkunjung ke negara ini dan memelihara imej negara.
Dengan
menganjurkan pelbagai acara dan juga carnival pelancongan adalah salah satu kaedah
yang berkesan untuk memperkenalkan sesebuah negara ke mata dunia. Kementerian
Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPKM) bertanggungjawab dalam merangka
karnival ini. Dalam karnival seumpama ini, banyak perkara diketengahkan seperti
tempat-tempat menarik, kepelbagaian makanan dan juga kebudayaan masyarakat yang
pelbagai kaum. Terdapat juga pakej-pakej pelancongan yang kompetitif disediakan
kepada masyarakat antarabangsa. Selain daripada membuat karnival, KPKM telah
membuat projek pelancongan. Dalam projek ini, terdapat sukarelawan pelancongan,
Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), pelancongan pelajar, pelancongan pendidikan,
agro-pelancongan dan pelancongan sukan.
8.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, pelbagai
usaha dan inisiatif perlu diteruskan dan dipergiatkan bagi menarik lebih ramai
pengunjung dari dalam mahupun luar negara untuk melancong ke negara kita.
Sehubungan dengan itu, kerjasama daripada semua pihak amat penting bagi
memajukan dan mengembangkan industri pelancongan Malaysia. Martabat industri
pelancongan dapat ditingkatkan apabila pelbagai sektor daripada pihak kerajaan,
pihak swasta, agensi pelancongan dan juga rakyat Malaysia sendiri harus
sama-sama berganding bahu. Hal ini sungguh bersesuaian dengan pepatah Melayu
yang ada mengatakan hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Matlamat
atau usaha untuk memantapkan ekonomi tidak akan tercapai jika rakyat dan
pelbagai pihak hanya berpeluk tubuh dan tidak bekerjasama. Oleh yang demikian,
jika kita menggunakan prinsip pepatah, bulat air kerana pembetung, bulat manusia
kerana muafakat sudah tentu kejayaan dan matlamat untuk memajukan industri
pelancongan Malaysia dapat direalisasikan dengan jayanya.
9.0 Rujukan
Amal Hayati Ishak et
all (2010), “Meneroka Potensi Sektor Pelancongan Dalam Menjana Pertumbuhan
Ekonomi Negara”, (Prosiding Seminar Pengurusan Hotel dan Pelancongan Islam,
Universiti Institut Teknologi Mara (UITM) Shah Alam, 22-23 Jun 2010), h 285-29.
Asmak Ali dan Fatimah
Salleh (2010), “Pelancongan dari Perspektif Islam”, (Prosiding Seminar
Pengurusan Hotel dan Pelancongan Islam, Universiti Institut Teknologi Mara
(UITM) Shah Alam, 22-23 Jun 2010), h. 52-63.
Fathi Yakan (1999),
Fiqh al-Siyahah fi al-Islam, Beirut Lubnan, Muasasah al-Risalah, h. 28.
Joyce M. Hawkins
(2006), Kamus Dwibahasa Oxford Fajar, Edisi Keempat, Oxford Fajar Sdn Bhd, h.
203.
Laporan ekonomi
2010/2011, Kementerian Kewangan Malaysia,h. 7.
Lembaga Pembangunan
Langkawi (2009), Laporan Tahunan 2009, h. 57.
Shuib, Ahmad, Mohd Nor,
and Noor Aziz. “Analisis Permintaan Pelancongan di Malaysia.” Pertanika 12.3
(1989): 425-432.
Tourism Malaysia.
Malaysia Tourism Promotion Board, 2007.
Unit Perancang Ekonomi
(2006), Rancangan Malaysia Ke-Sembilan 2006-2010, Jabatan Perdana Menteri,
Putrajaya, h 204.
Unit Perancangan
Ekonomi (2010), Program transformasi Ekonomi : Hala Tuju Untuk Malaysia,
Jabatan Perdana Menteri, h. 341.
Portal Rasmi
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, http://www.motac.gov.my/en/
akses pada 2 November 2016.
Portal Rasmi Berita
Awani, http://www.astroawani.com/berita-bisnes/airasia-tawar-tiga-juta-tempat-duduk-promosi-81974
akses pada 2 November 2016.
World Tourism
Organization, http://unwto.org/ akses pada 2 November 2016.
10.0 LAMPIRAN
LAMAN WEB RASMI KEMENTERIAN PELANCONGAN
DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA
LAMAN WEB MALAYSIA TRAVEL
Good job...
ReplyDeletebukan MH 17...MH370 la
ReplyDelete
ReplyDeleteSaya telah berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan pinjaman Suzan yang meminjamkan uang tanpa membayar lebih dulu.
Nama saya Amisha, saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan orang-orang yang mencari pinjaman internet di Asia dan di seluruh dunia untuk berhati-hati, karena mereka menipu dan meminjamkan pinjaman palsu di internet.
Saya ingin membagikan kesaksian saya tentang bagaimana seorang teman membawa saya ke pemberi pinjaman asli, setelah itu saya scammed oleh beberapa kreditor di internet. Saya hampir kehilangan harapan sampai saya bertemu kreditur terpercaya ini bernama perusahaan Suzan investment. Perusahaan suzan meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 600 juta rupiah (Rp600.000.000) dalam waktu kurang dari 48 jam tanpa tekanan.
Saya sangat terkejut dan senang menerima pinjaman saya. Saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi mereka melalui email: (Suzaninvestment@gmail.com) Anda tidak akan kecewa mendapatkan pinjaman jika memenuhi persyaratan.
Anda juga bisa menghubungi saya: (Ammisha1213@gmail.com) jika Anda memerlukan bantuan atau informasi lebih lanjut